Unreal Engine

Unreal Enjin merupakan sebuah enjin permainan yang dibangunkan oleh Epic Games, pertama kali dipamerkan dalam permainan penembak orang pertama Unreal 1998. Walaupun dibangunkan terutamanya untuk penembak orang pertama, ianya telah berjaya digunakan dalam pelbagai bentuk genre lain, termasuklah selinap, pertarungan, MMORPG dan RPG lain. Dengan kod yang ditulis dalam C++, Unreal Engine memaparkan kemudahalihan tahap tinggi dan adalah satu alat yang digunakan oleh banyak pembangun permainan hari ini. Keluaran semasa adalah Unreal Engine 4, direka untuk Microsoft Windows, macOS, Linux, SteamOS, HTML5, iOS, Android, Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, Magic Leap One dan realiti maya (SteamVR/HTC Vive, Oculus Rift, PlayStation VR, Google Daydream, OSVR dan Samsung Gear VR).

Unreal Engine

Tapak sesawang unrealengine.com
Keluaran stabil 4.20 / 16 Julai 2018; 2 tahun yang lalu (2018-07-16)
Ditulis dalam C++
Keluaran pertama Mei 1998; 22 tahun yang lalu (1998-05)
Pembangun Epic Games
Kedudukan Alexa ▲ 1,296 (Sehingga 22 Mei 2018)[1]
Lesen Hak milik; sumber bersama dengan model royalti untuk kegunaan komersil
Status pembangunan Aktif
Jenis Enjin permainan

Rujukan

WikiPedia: Unreal Engine http://www.gamespot.com/features/makeunreal/ http://www.gamespy.com:80/legacy/articles/enginewe... http://www.gamespy.com:80/legacy/interviews/sweene... http://www.geforce.com/whats-new/articles/stunning... http://uk.ign.com/articles/2000/12/09/interview-wi... http://www.ign.com/articles/2000/09/12/new-feature... http://www.ign.com/articles/2000/10/10/unreal-tour... http://www.ign.com/articles/2010/02/23/history-of-... http://www.maximumpc.com/article/features/3d_game_... http://www.unrealengine.com